sell/buy vintage items...dont hesitate to call/sms..

...please click label *available to view an available item

Wednesday, February 27, 2013

sold - zodiac astrographic


sold - rolex 16233


sold - avia alarm


sold - astromatic

ISNIN 18/2/2013

SOLD TO MR SOLAHUDDIN FROM JOHORE 2/3/2013


aku pakai jam ni pada hari isnin..kebetulan ada lawatan nazir kat sekolah..seminggu lak tu..xpa..biarkan..ya..jam ni sungguh selesa dipakai..saiz pun besar ( untuk tangan aku la )..tali jam lembut..heheh..buat sendri tu dari beg kulit...sebut pasal tali..x sangka pulak ada orang yang berminat dengan hasil kerja yg x berseni ni..hehhehe..x terfikir pun sebenarnya untuk mengkomersialkan..sebab tak tau nak letak harga berapa..ok..test masa selama sehari rupanya wowowowo...best..masa cun..menepati masa..aku gambarkan dengan perkataan AMAT BAIK







ni jamnya setelah dizoom..nama x penah dengar..astromatic..lambang scorpion lagi tu...apa yg uniknya bagi jam ni ada 3 tingkap pada jam 3,6 dan 9..yang bertulis luck..business..love..dan dekat tingkap tu pulak ada 3 kaler sebenarnya.hijau merah dan putih..apa yang aku paham..HIJAU bermaksud OK..MERAH bermaksud KO..putih bermaksud NEUTRAL..aku rasa la kan..contoh..katakan jam 10 pagi..tingkap luck kaler merah..maknanya jam 10pagi xdak luck kot..hahahha..swiss made..dial bersih..casing berkilat..hampir tiada calar langsung..saiz 40mm x 40mm 







ini casingnya..ada patented tu lagi







ini enjinnya..enjin yang simple..namun begitu automatic..24 jewels lagi..bertindak cemerlang..







ehehe..iklan sebentar..nampak x alat yg melekat dekat caseback jam astromatic ni..haaa..tu alat buka casing belakang..dengan cara ini..jam x bercalar kalau dibuka dengan alatnya yang besi tu...bila main jam..otak kena ligat..kena cerdik..aplikasi barang yang ada di depan mata..aku guna pelekat yg hold sabun kat bilik air tu..hohohoh..hampir semua jam aku boleh buka termasuk rolex tau...tapi kalau caseback tu dikunci dengan terlalu kuat dan ketat..alat aku xleh buka..
untuk dijual dengan harga rm200 sahaja..(jam tau..bukan jual alat tu)





Monday, February 25, 2013

sold - poljot limited edition


sold - girard perregaux richeville


sold - doxa


sold - omax spaceman


*********************************************************
rabu 13/2/2013
SOLD


ini jam yang aku pakai pada hari rabu 13/2/2013..jam jenama omax spaceman..jam ni memang susah nak dapat tau..bentuk pun rare..hasil ujian masa selama sehari..aku simpulkan..jam swiss made ini AMAT BAIK..menepati masa







ini pandangan jauh sikit..so boleh tgk tali dia..tali pun rare..dibalut dengan plastik tahan lasak..supaya tidak mudah putus..kalau tali putus..alamatnya masalah jugak nak cari ganti..tapi jgn isau..aku dah pun memikirkan jalan penyelesaiannya..tali tu aku boleh buat semula..dgn kulit lagi...







jam ni unik..dial pun unik..marker berbaris2..mula2 pening jugak..pukul berapa ya...tapi lama2 ok dah...day/date di 'ejas' secara quickset..satu lagi kelebihan..ukuran yang besar 48mm x 42mm mmg menepati citarasa anak muda terkini..







model spaceman..model ni bujur..ada model yg berbentuk empat segi..swiss made..usianya yg lanjut..aku takleh jamin water resistant atau x..casing daripada fiberglass







tudia gambar spaceman?..macam ahli bomba pun ada..hohoho..
untuk dijual dengan harga rm600 sahaja












Sunday, February 24, 2013

weekend activity

aktiviti aku pada hujung minggu ditemani oleh jam zodiac astrographic sst..( tarikh memang aku setting kecuali kalau jam tu quick set..kalau 24 hours..mintak maap la nak set..takut rosak crown/stem/gear )








inilah dia tempat yang dituju kalau hari cuti/minggu...kadang2 aku balik kerja pun lepak sini jugak kalau xdak keja nak buat kat rumah..ropewalk taman selat butterworth..macam2 ada di sini..dia macam lorong kulit kat penang..locken kat ipoh..kg berjaya di alor setar..amcorp mall di PJ dll..








inilah kedai yang aku rajin lepak..kedai lan namanya..tokey dia pun nama lan..minggu ni dia x bukak kedai..bini dia bersalin..nampak tak almari display berkaca tu..hampir 80% jam di situ aku yang supply..kiranya dia ni dah macam broker aku la..jam2 yang harga kurang dari rm1k selalunya aku bagi dia jualkan..kalau dah sold..nanti dia kol aku..aku terus g amik duit saja..hohoho..tmpt ni jugak tmpt aku berjumpa dgn customer jam dan kawan2 jam yang lain..







ini satu kedai yg aku selalu lepak dan singgah..tuan kedai nama abg mat..yg dalam gambar tu dia punya pekerja..nama man..ada jual rayban..beg..barangan kulit..jam dan lain lain







ini kedai yang selalu aku singgah..kedai bundle..banyak barangan yg branded2 dijual dengan harga yang berpatutan di sini..sayangnya saiz kecik x banyak..kalau x...abeh dah aku borong..sbb brg branded yg x masuk malaysia..kalau masuk malaysia pun..nuhhhh..kat butik nuhhh...siap la ratus2...








ini juga kedai bundle..tuan dia nama awie..aku panggil awie nestle ( sbb dia keja kat kilang nestle )..dia jual baju..seluar..barangan kulit macam wallet belt dll..apa yang best..kebanyakkan barang yang dijual adalah koleksi peribadi beliau sendri..







kalau aku nak 'oter' seluar..sini la tempatnya..kedai rafi ni mmg pakar dalam repair seluar..apa yang aku kagum dgn tuan kedai ni..muka mmg nampak macam sampret..gaya mmg nampak macam mat pit..tapi sembahyang x pernah miss oiii..kekadang ada jugak stok jeans dgn baju yang sempoi terlepas masuk kat kedai ni untuk dijual..so kena selalu singgah la kan kat kedai ni walaupun xdak urusan ( repair seluar )...takut terlepas pulak baju , seluar yang best2

Wednesday, February 20, 2013

sold - walor


sold - tony sub second


sold - sultana


sold - nivada lady


sold - meister anker jump hour


sold - longines


sold - helbros


sold - dalil compass


sold - edox



******************************************************
SOLD TO MR NICHOLAS WONG FROM KL
8/5/2013


jam 2 jarum yg comel ini namanya edox..nama yg sekarang ni pun masih wujud..swiss made..roman dial..2 tone..yellow gold plated..manual..bersaiz 30mmx30mm..jam ni didapati telah mati masa pada 8.30am..owhhh..cepatnya mati..maknanya kena serbis la kan..







menggunakan enjin kecik swiss made
untuk dijual dgn harga rm250 sahaja